Sunday, January 4, 2009

Bila Saintis Bercakap Mengenai Adanya Tuhan



Adakah anda perasan sesuatu dari tajuk di atas? "Saintis Bercakap Mengenai Adanya Tuhan". Apa yang mungkin terlintas di fikiran anda bila anda terdengar atau tahu ada ramai saintis yang hebat-hebat mengakui bahawa tuhan itu wujud? Mungkin anda berfikir bahawa apabila saintis yang sudah begitu hebat sudah mengakui Tuhan itu wujud, sudah tentulah Tuhan itu wujud. Ini kerana yang bercakap itu bukan sebarangan orang. Mereka saintis hebat. Mereka bercakap melalui lidah sains yang amat menitikberatkan bukti-bukti kukuh. Ilmu sains kan memang hebat. Mereka tidak akan membenarkan perkara yang tidak mempunyai bukti yang cukup dan kukuh.

Sebenarnya mungkin kenyataan ini memeranjatkan anda. Hakikatnya, kewujudan Tuhan tidak ada bukti saintifik! Dengan kata lain, Tuhan itu tidak saintifik! Sabar, jangan melenting dulu. Saya masih percaya pada Tuhan yang satu.

Namun, benarkah Tuhan itu tidak saintifik?

Memang benar dan jelas sekali bahawa menurut sains, Tuhan itu tidak wujud. Kewujudan Tuhan tidak memenuhi kehendak sains yang memerlukan sesuatu itu mempunyai bukti empirikal sebelum dibenarkan fungsi dan kewujudannya. Ciri-ciri sesuatu yang dianggap saintifik seperti keupayaan sesuatu itu untuk dimanipulasi seperti diukur, dilihat, disentuh dan dengan kata lain untuk dieksperimentasikan tidak ada pada Tuhan. Tuhan tidak dapat kita lihat dan tidak pula dapat kita sentuh seperti objek lain.

Saintis yang mengakui bahawa Tuhan itu ada dan wujud sebenarnya bukanlah bermakna kewujudan Tuhan itu sudah ada bukti saintifik. Sebenarnya, mereka menggunakan akal yang dianugerahkan kepada mereka dengan baik. Melalui pengkajian angkasa, molekul, sistem tubuh badan manusia dan sebagainya, para saintis ini secara tidak langsung sedar bahawa Tuhan itu wujud kerana rumusan dari pengkajian mereka mendapati mustahil bagi semua perkara didunia ini wujud dengan sendirinya tanpa ada "sesuatu" yang berupaya untuk mencipta dan mengatur mereka dengan baik dan terancang.

Pengkajian mengenai DNA misalnya telah menyedarkan seorang saintis (tidak silap saya Perry Marshall) di mana dia berpendapat bahawa untuk menidakkan wujudnya Tuhan adalah sangat mustahil. Ini kerana melalui pengkajiannya, apa yang dilihatnya dalam DNA adalah sesuatu yang luar biasa. Seperti sebuah cip memori yang menyimpan pelbagai data maklumat seseorang, begitulah juga dengan DNA yang terkandung segala maklumat tentang suatu hidupan itu. DNA mengandungi kod yang "ditulis" oleh seorang yang Maha Hebat! Seperti kod digital "1" dan "0", begitu juga dengan kod didalam DNA. Menurut saintis, kod berbeza dengan paten (pattern) yang mana paten, design atau rekabentuk sesuatu itu boleh terjadi secara kebetulan (tanpa penciptanya) namun ini tidak bagi kod! Kod atau "bahasa programming" ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang "menulisnya". DNA bukanlah semata-mata suatu kesamaan paten, namun ia adalah kod!

Sains tidak membuktikan Tuhan. Kita memerlukan akal yang terlatih untuk memikirkan Tuhan. Jadikanlah agama sebagai panduan. Harap nanti tidak tersesat jalan.

Kita sambung pada post yang seterusnya...

0 comments:

Post a Comment

Followers

 

Strategi Cemerlang. Copyright 2008 Hakcipta Terpelihara