Blog ini telah berpindah ke http://minda-alternatif.blogspot.com
Harap maklum...
Wednesday, January 7, 2009
Tuesday, January 6, 2009
Dilema Dalam Sains: Logik Ke Tak Logik?
Pasti anda terfikir-fikir, "kenapa asyik cerita pasal sains je? Dia ni anti-sains kot..." Walaupun saya kelihatan seolah-olah ingin membelasah dan menghentam sains, ini bukan bermakna saya anti pada sains. Niat saya cuma satu saja. Saya ingin mengembalikan perspektif yang adil buat sains iaitu membetulkan salah faham ke atas sains. Sains cuma alat saja. Kita sebagai pengguna harus bijak menggunakannya. Namun kebanyakkan orang hari ini mempercayai kesaktian sains melebihi kemukjizatan al-Quran misalnya. Mereka melebih-lebihkan sains dari agama.Fenomena "gila" sains atau scientisme ini mengingatkan saya tentang satu tulisan menyatakan pendapat yang saya baca di salah satu akhbar Melayu dinegara ini. Tulisan itu dipaparkan dalam ruangan kemusykilan agama. Beliau seperti gaya seorang saintis berpendapat melalui ilmu sains yang dipelajarinya, bahawa azab kubur itu tiada dan tidak wujud! Alasannya senang saja. Bila kita mati, segala sistem tubuh kita juga akan mati dan ini termasuk juga dengan sistem deria rasa. Bila deria rasa tidak ada atau mati, bagaimana seseorang yang sudah mati itu akan merasakan kesakitan? Mengikut perkiraan anda, adakah persoalan yang diutarakan oleh si penulis ini ada logiknya? Dari kacamata sains, ia sungguh logik sekali dan menyangkal kenyataan ini bermakna anda tidak saintifik. Mungkin menurut sains, anda juga mempunyai akal yang pendek atau IQ yang rendah. Jika persoalan ini diperhalusi dari sudut agama Islam, menolak adanya seksaan kubur bererti menafikan kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.w.t yang membawa kepada kekufuran.
Sekarang, adakah anda sudah jelas dengan masalah yang ada pada sains?
Bagi saya sains sebenarnya bukanlah satu alat bagi mengukur kebenaran. Ia adalah satu perbincangan mengenai kaedah mencari rantaian sebab dan punca yang munasabah tentang wujudnya atau berlakunya sesuatu itu. Sains digunakan bagi mengkaji sebab dan akibat dari pandangan logik akal menerusi bukti-bukti yang jelas dan kuat. Pendek kata, ada pendapat, ada bukti, maka ia benar. Ada pendapat, tiada bukti, maka ia MASIH palsu.
Sekali lagi, jangan menggunakan sains untuk MENENTUKAN KEBENARAN! Dalam prinsip sains juga ada menekankan tentang prinsip keterbukaan. Disamping sikap keterbukaan, rasa skeptik atau keraguan juga ditekankan oleh sains. Jika kedua-dua prinsip ini digunakan dengan seimbang, masalah yang berlaku dari salah faham sains setidak-tidaknya dapat dikurangkan. Dalam Islam, kita juga diajar agar jangan cepat terpengaruh dengan berita-berita yang disampaikan kepada kita sebelum kita menyelidiki kebenaran berita itu. Sikap skeptik dalam sains sebenarnya bagus agar kajian dijalankan bagi menentukan kebenaran. Namun, kesedaran tentang batasan akal fikir manusia amat penting agar kita tidak memalsukan kebenaran. Contohnya, mengkaji tentang kewujudan Tuhan tanpa menyedari kekurangan akal bagi mencari bukti yang saintifik akan menyebabkan kita merumuskan bahawa Tuhan itu tiada.
Cuba bayangkan jika anda hidup pada kurun ke-18 dan tiba-tiba rakan anda pada masa itu berpendapat bahawa besi yang beratnya bertan-tan mampu terbang diudara untuk mengangkut bahan dagangan. Sebagai manusia yang tidak pernah memikirkan tentang kapal terbang, adakah anda akan membenarkan pendapat rakan anda itu dengan mudah? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, anda akan mendapati pendapat rakan anda itu sebagai gila, tidak waras, merapu, TIDAK LOGIK, TIDAK RASIONAL dan mungkin juga TIDAK SAINTIFIK! Mungkin bukan anda seorang saja yang berpendapat sedemikian, malah ahli sains pada kurun tersebut pun mungkin mempunyai pandangan yang sama!Sekarang, adakah kapal terbang itu tidak wujud? Adakah idea dimana besi yang beratnya bertan-tan mampu terbang diudara itu tidak logik, tidak rasional dan tidak masuk akal?
Sains adalah satu alat yang tidak sempurna. Ia sentiasa berkembang dan berkembang. Apa yang tidak logik dahulunya mungkin logik pada masa akan datang. Adakah patut untuk kita mengadili suatu kebenaran dengan "alat" yang belum sempurna?
Logik tak? <",|
Monday, January 5, 2009
Antara Sains dan Agama
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita bilamana sesuatu itu dianggap saintifik, lalu ia adalah benar. Jika tidak saintifik, maka ia tidak benar, palsu, dongeng dan sebagainya. Tidakkan anda terfikir bahawa sains seolah-olah sudah diangkat menjadi satu "agama" dan falsafah hidup yang baru yang lebih meyakinkan dan lebih nampak lebih moden dan hebat selaras dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Sains tidak mengajar mitos. "Ajaran" sains juga kelihatan memang menolak kebatilan. Pendek kata, dengan panduan yang diberikan oleh sains, hidup kita akan lebih teratur, sistematik, terancang, sihat dan lebih maju. Dengan pemikiran saintifik, sudah tentu hidup akan lebih bermakna.
Sains oh sains. Sains memang hebat. Sains memang penting dan itu tidak dapat dinafikan lagi. Kemajuan teknologi dunia memang bergantung pada kemajuan sains. Jadi tidak hairanlah, sekarang ini ramai yang ingin belajar dan berada dalam kelompok saintis. Ibubapa pun tidak dinafikan memang bersungguh-sungguh ingin anak-anak mereka belajar dalam bidang sains. Sudah tentu bangga rasanya jika mempunyai anak yang belajar dalam bidang sains termasuklah mereka yang belajar dan tamat belajar dalam lapangan ini.
Melihatkan pada fenomena ini, saya merasakan kerisauan yang tak dapat dibendung lagi. Keterujaan masyarakat yang seolah-olah memuja sains ditakuti akan menyebabkan ketidakseimbangan antara agama dan tuntutan dunia. Buat pengetahuan anda, fahaman sekuralisme yang memisahkan antara agama dan urusan dunia adalah salah satu akibat dari ketidakseimbangan ini.
Agama dan sains harus bergerak pada kadar yang sama. Jika sains maju, agama juga harus maju. Kemajuan agama disini bukan bermakna prinsip-prinsip dalam agama itu harus diubah, tetapi kefahaman tentang ajaran agama itu harus semakin mantap. Jika kefahaman sains bergerak terlalu jauh meninggalkan kefahaman agama, tidak hairan nanti kedudukan agama pasti akan goyah dan rapuh. Akan wujudlah nanti golongan yang tidak mempercayai Tuhan atas alasan tiada bukti saintifik yang menunjukkan kewujudan Tuhan dan apatah lagi tentang perihal syurga dan neraka. Yang pastinya, usaha memantapkan fahaman agama harus diperhebatkan selaras dengan kemajuan sains.
Namun adakah ni realiti yang berlaku sekarang. Marilah kita renungkan bersama...
Sains oh sains. Sains memang hebat. Sains memang penting dan itu tidak dapat dinafikan lagi. Kemajuan teknologi dunia memang bergantung pada kemajuan sains. Jadi tidak hairanlah, sekarang ini ramai yang ingin belajar dan berada dalam kelompok saintis. Ibubapa pun tidak dinafikan memang bersungguh-sungguh ingin anak-anak mereka belajar dalam bidang sains. Sudah tentu bangga rasanya jika mempunyai anak yang belajar dalam bidang sains termasuklah mereka yang belajar dan tamat belajar dalam lapangan ini.
Melihatkan pada fenomena ini, saya merasakan kerisauan yang tak dapat dibendung lagi. Keterujaan masyarakat yang seolah-olah memuja sains ditakuti akan menyebabkan ketidakseimbangan antara agama dan tuntutan dunia. Buat pengetahuan anda, fahaman sekuralisme yang memisahkan antara agama dan urusan dunia adalah salah satu akibat dari ketidakseimbangan ini.Agama dan sains harus bergerak pada kadar yang sama. Jika sains maju, agama juga harus maju. Kemajuan agama disini bukan bermakna prinsip-prinsip dalam agama itu harus diubah, tetapi kefahaman tentang ajaran agama itu harus semakin mantap. Jika kefahaman sains bergerak terlalu jauh meninggalkan kefahaman agama, tidak hairan nanti kedudukan agama pasti akan goyah dan rapuh. Akan wujudlah nanti golongan yang tidak mempercayai Tuhan atas alasan tiada bukti saintifik yang menunjukkan kewujudan Tuhan dan apatah lagi tentang perihal syurga dan neraka. Yang pastinya, usaha memantapkan fahaman agama harus diperhebatkan selaras dengan kemajuan sains.
Namun adakah ni realiti yang berlaku sekarang. Marilah kita renungkan bersama...
Sunday, January 4, 2009
Bila Saintis Bercakap Mengenai Adanya Tuhan
Adakah anda perasan sesuatu dari tajuk di atas? "Saintis Bercakap Mengenai Adanya Tuhan". Apa yang mungkin terlintas di fikiran anda bila anda terdengar atau tahu ada ramai saintis yang hebat-hebat mengakui bahawa tuhan itu wujud? Mungkin anda berfikir bahawa apabila saintis yang sudah begitu hebat sudah mengakui Tuhan itu wujud, sudah tentulah Tuhan itu wujud. Ini kerana yang bercakap itu bukan sebarangan orang. Mereka saintis hebat. Mereka bercakap melalui lidah sains yang amat menitikberatkan bukti-bukti kukuh. Ilmu sains kan memang hebat. Mereka tidak akan membenarkan perkara yang tidak mempunyai bukti yang cukup dan kukuh.
Sebenarnya mungkin kenyataan ini memeranjatkan anda. Hakikatnya, kewujudan Tuhan tidak ada bukti saintifik! Dengan kata lain, Tuhan itu tidak saintifik! Sabar, jangan melenting dulu. Saya masih percaya pada Tuhan yang satu.
Namun, benarkah Tuhan itu tidak saintifik?
Memang benar dan jelas sekali bahawa menurut sains, Tuhan itu tidak wujud. Kewujudan Tuhan tidak memenuhi kehendak sains yang memerlukan sesuatu itu mempunyai bukti empirikal sebelum dibenarkan fungsi dan kewujudannya. Ciri-ciri sesuatu yang dianggap saintifik seperti keupayaan sesuatu itu untuk dimanipulasi seperti diukur, dilihat, disentuh dan dengan kata lain untuk dieksperimentasikan tidak ada pada Tuhan. Tuhan tidak dapat kita lihat dan tidak pula dapat kita sentuh seperti objek lain.
Saintis yang mengakui bahawa Tuhan itu ada dan wujud sebenarnya bukanlah bermakna kewujudan Tuhan itu sudah ada bukti saintifik. Sebenarnya, mereka menggunakan akal yang dianugerahkan kepada mereka dengan baik. Melalui pengkajian angkasa, molekul, sistem tubuh badan manusia dan sebagainya, para saintis ini secara tidak langsung sedar bahawa Tuhan itu wujud kerana rumusan dari pengkajian mereka mendapati mustahil bagi semua perkara didunia ini wujud dengan sendirinya tanpa ada "sesuatu" yang berupaya untuk mencipta dan mengatur mereka dengan baik dan terancang.
Pengkajian mengenai DNA misalnya telah menyedarkan seorang saintis (tidak silap saya Perry Marshall) di mana dia berpendapat bahawa untuk menidakkan wujudnya Tuhan adalah sangat mustahil. Ini kerana melalui pengkajiannya, apa yang dilihatnya dalam DNA adalah sesuatu yang luar biasa. Seperti sebuah cip memori yang menyimpan pelbagai data maklumat seseorang, begitulah juga dengan DNA yang terkandung segala maklumat tentang suatu hidupan itu. DNA mengandungi kod yang "ditulis" oleh seorang yang Maha Hebat! Seperti kod digital "1" dan "0", begitu juga dengan kod didalam DNA. Menurut saintis, kod berbeza dengan paten (pattern) yang mana paten, design atau rekabentuk sesuatu itu boleh terjadi secara kebetulan (tanpa penciptanya) namun ini tidak bagi kod! Kod atau "bahasa programming" ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang "menulisnya". DNA bukanlah semata-mata suatu kesamaan paten, namun ia adalah kod!Sains tidak membuktikan Tuhan. Kita memerlukan akal yang terlatih untuk memikirkan Tuhan. Jadikanlah agama sebagai panduan. Harap nanti tidak tersesat jalan.
Kita sambung pada post yang seterusnya...
Kita sambung pada post yang seterusnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
